« »
April 18, 2011 | 3:56 AM

salam readers~



apa korang rasa bila tengok gambar kat atas ni?

aku tau title entry aku kali ni memang buat korang kecut perut kan? kalau yang tak terasa macam tu aku rasa baik korang cepat cepat bertaubat oke? dunia ni memang dah tak lama dah nak hidup. sekarang ni dah banyak dah kiamat kecik yang terjadi. antara kiamat kecik tu :



1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.



tanda kiamat kecil dari 1 - 16 tu semua dah ada kan? tapi ada jugak tanda-tanda besar kiamat. yang paling ketara ialah matahari semakin naik ke arah barat dan meninggalkan timur.


Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 9.0 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

bagi sesipa yang dah baca entri nie, silalah sebar-sebarkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. nak copy entri ni pun takpe. asalkan ilmu ini boleh dikongsi bersama. :]

p/s : ustazah aku pernah sebut. hari kiamat terjadi pada hari jumaat. tapi tak tahulah bila kan. mungkin jumaat ni? atau minggu depan? dua minggu depan? kita tak pernah tahu. tapi Dia mengetahui segala-galanya. jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri kita balek. tingkatkan amalan. bagi ada yang pernah buat dosa kat manusia tu cepat-cepatlah mintak maaf. selagi masih sempat. aku pun nak mintak maaf lah kat korang kalau aku dah banyak buat salah. :]
signature2




0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)