« »
April 15, 2011 | 4:53 AM

salam readers~


Pagi! Morning! おはよう! 좋은 아침! 早安! صباح الخير! अच्छा सुबह!อรุณสวัสดิ์! magandang umaga! goedemorgen!


hari ni agak sengal sedikit. sebab tu cakap macam macam bahasa. =.=' tapi semua tu bawak maksud yang sama je. aku google tadi. *alemak! kantoi. teehee.* alhamdulillah aku hidup kembali setelah mati beberapa jam malam tadi. aku masih di beri kesempatan untuk menghirup udara segar di muka bumi nie sesuka hati aku. tak kira lah kat dapur ke. ruang tamu ke. bilik aku ke. sekolah ke. ehh. aku dah tak sekolah.hehe. oke. cukuplah intro pagi nie.


berkaitan topik hari ini. sebenarnya aku tak tahu nak tulis topik ape. tapi nak tanya korang lah. korang pernah tak ditimpa sesuatu yang malang? mesti pernah kan?. kalau tak tu, satu je aku nak cakap. KORANG TAK RETI HIDUP KE?! hehe. just kidding. :)


so hari ni aku aku nak cerita sikit lah pasal diri aku yang agak cuai. tau cuai tu apa? tak tau? pegi cari kamus dewan yang tebal nak mati tu then cari apa maksud cuai. haha. oke. back to the topic. aku nie seorang yang agak cuai la. buat kerja selalu nak cepat. tapi lastly sendiri dapat sakit. tsk! tsk!

macam semalam. aku main skipping. dah lama tak main. last main time form 2 tak silap aku. korang kira sendirilah dah berapa kurun aku tak main. then lompat punya lompat dengan hati yang girang. kaki aku tersangkut kat tali skipping tu. kalau tersangkut saje tu takpe lah lagi. nie tak. dah lah tersangkut. lepas tu ibu jari kaki kiri aku pulak terlipat. auch! aku tau korang akan cakap macam tu. haha! sakitnya weh bukan main.

lepas tu, aku yang malang nie pon mengadu lah kat ma kesayangan aku. "Ma, sakitlah." sambil tunjukkan jari yang sakit tu. lepas tu ma aku pun, "Ish. awak nie. nape pulak?" "Tersangkut tali skipping tadi. lepas tu jari ni terlipat. tengok. habis berdarah" dengan maja dan gediknya aku tunjuk kat ma aku. lepas tu. "Kah! Kah! Kah!" bukan main ma aku gelak kat aku. sabo je la. then ma aku cakap. "Awak ni mudah sangat tau jadi macam ni. bak kata orang perlis, lembut lutut. haha! hari tu buat kek, kulit muka tu terbako. naseb dah oke. ni tali skipping lak yang buatkan kaki tu terlipat. ish! ish! ish! awak ni. macam mane nak belajo jaoh jaoh nie? asal buat keje siket dah jadi macam macam. luka tangan la. kaki la. muka la. demam la. sakit kepala la. bla. bla. bla....." macam macam yang ma aku bebelkan kat aku. dan aku pulak. 

*dah la tu ma. tengah saket ni. huhu*

aih! nyesal pulak gi mengadu. tengok! kan tak pasal ma aku cakap pasal hikayat merong mahawangsa aku yang dolu dolu tu. heheh! padan muka kau yana! huhu. dan bila malam pulak jari aku tu jadi bengkak. ngeh! tak guna kau tali. tengok la. aku campak kau jaoh jaoh nanti. wahahahahah! *evil laugh =.='* dah lah. aku tak nak cite banyak banyak. buat saket ati je. huh! tata! nak gi masak pulak. :]


p/s : korang buat keje tu jangan tergopoh gapah macam aku ye. kang jadi macam macam pulak. :D

signature2



0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to me and me only. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Akira Himesamat. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)