« »
April 25, 2011 | 7:29 AM

Salam readers~

Kalau korang selalu jenguk belog aku nieh korang mesti tahu pasal entry nieh.

Okayh! Back to the topic. Aku bukak fesbuk. dan aku terperasan ada one of Kpop fans reply pasal tajuk yang BH buat tuh! Korang baca apa yang budak tu reply.

Satu artikel dalam Berita Minggu hari ni yang memang buat all K-pop fans kat Malaysia ni HOT! Why? Nak cari publisiti murahan ker? Or... Dah kehabisan cerita? Or... Oh yeah... Nak lariskan newspaper la tu sebab diaorang tau K-pop fan ramai dekat Malaysia ni! Betul tak?

AWASI REMAJA FANATIK KPOP. *again. this topic!*

Wow! Tak tahan dengan tajuk artikel dia... Sangat EKSLUSIF sampai 2 page. Terima kasih sebab artikel tu korang wat kitaorang marah and hot!

Aku akan highlight sikit apa yang diaorang tulis...

K-pop bawa kesan negatif, seperti bunuh diri...
- Sebab kat Korea ramai artis/selebriti yang bunuh diri, dikhuatiri gejala ini akan mempengaruhi remaja Malaysia. Sorry... Kitaorang still ada pegangan agama. Tu beza kita ngan diaorang... Kitaorang still boleh berfikir secara rasional... What? Takut nanti diaorang kahwin, kitaorang boleh bunuh diri kot... Waahahaha! TAK LOGIK! Satu persoalan saya... ADAKAH SEMUA ORANG YANG BUNUH DIRI DI MALAYSIA ADALAH FANS KPOP?

Artis Kpop ni kacak, handsome, lawa, comel... Sebab tu orang minat...
- Memang pun diaorang ni kacak, handsome, bergaya, lawa, comel, etc... So? Korang jealous ker? Hihihihi... For your information, diaorang bukan sahaja ada pakej dari segi rupa paras or personaliti, lagu or muzik diaorang sememangnya best! Bukan nak cakap muzik kita ni tak best, best juga. Tapi asyik dengan gaya yang sama! BORING WEH! Cuba cari kelainan sikit... Macam mana orang nak suka kalau asyik di takuk yang sama?

Pergaulan bebas...
- Yeker? Kitaorang duk dalam rumah jer... Surfing internet... Bukan hisap dadah pun! Mana lagi elok? What? Nak suruh kitaorang hisap dadah ker? Mana ada pergaulan bebas... Ok... Just think... Fans kpop ni kebanyakkan remaja perempuan. Kalau nak gosip pun sesama remaja perempaun... Lelaki pun ada tapi tak ramai... Mana pula muncul istilah pergaulan bebas ni? =.=

Cara pemakaian kurang sopan...
- Ni yang wat aku nak gelak ni... Sopan sangat ker artis Malaysia ni? Tengok je majalah Mangga and seangkatan dengannya... GELI WEH!!! DUK WAT CEMPERA MENGALAHKAN ARTIS BARAT! What's the point here? Apa beza artis kpop and Malaysia or Barat? Dari segi pemakaian, lebih kurang jer! Tengok la artis Malaysia time pergi majlis anugerah glamer2 tuh... Gaya baju macam nak berkemban pun ada...

Fans kpop sanggup berhabis wang untuk beli barang seperti CD, aksesori berkaitan dan sebagainya...
- Adakah kpop fans saja yang wat benda macam ni? Apa beza kitaorang dgn fans Siti Nurhaliza or Justin Bieber? So, kitaorang ni bersalah la erk? Diaorang perhabis duit pun tak per... Tak kisah...


Kenapa mesti cerita segala keburukan Kpop? Negatif sangat ke Kpop ni? Korang cuma wat research pasal keburukan Kpop tapi tak wat research pasal kebaikan Kpop? Meh aku tunjuk kat korang apa Kpop dah wat kat aku...

- Dapat ramai kawan dari seluruh dunia! Ni perkara yang betul... aku sekarang ada kawan dari seluruh dunia sampai kat France, America, Arab Saudi, Indonesia, Philiphines, Singapore, Canada... Peh... Kalau senarai ni, mau satu peta dunia kena tulis... Bila dah ramai kawan yang jumpa on9, aku pun malas nak kuar... So, aku tak terjebak ngan gejala negatif macam hisap dadah, pergi club malam, rempit ker... sebab aku duk umah jer, jadi budak baik! Kalau aku tak kenal Kpop ni, hari2 aku keluar, perhabis duit mak bapak aku!

- Eratkan silaturahim... Yer... Dengan minat Kpop ni, silaturahim antara aku ngan kengkawan yang minat sama ngan aku makin kukuh... Kitaorang kongsi minat yang sama, so kitaorang akan sesama protect each other... Salah satu contohnya? Tengok ko... Padan muka kena serang... Sapa suruh tangan gatai sangat! XP

- Tau sikit2 bahasa Korean/hangul... Sebab... Dah hari2 dgr lagu Kpop sampai kadang2 maksud dia pun saya fhm... bukan ke bagus kita tau banyak bahasa?

- English saya makin improve... Kata english ni penting kan? Sebab sy banyak berkomunikasi dgn org luar, saya kena pakai English...

- Kpop ajar saya untuk berusaha lebih gigih... 


Adakah salah untuk saya minat Kpop? Ala... Artis negara mana pun ada negatif and positif dia gak... Tapi naper cuma nampak Kpop jer? Sebab korang takut industri muzik lokal merudum ker? Dulu time filem Bollywood tgh hot, kutuk2 diaorang, padahal korang tgk gak... Pas2, artis Indon naik sikit jer, kasi heboh satu dunia... Cakap itu ini... Haish... Macam mana la muzik Malaysia nak maju kan? Otak still sempit...

So, that's all... Sorry kalau ada yang terasa...Sapa suh BERITA MINGGU wat cipan sangat... Lain kali, think before write something... Benda macam ni boleh mengganggu sensiviti sesetengah orang... Korang perasan tak? Lain kali, cuba berfikir secara logik and berfikir sebelum bertindak...

Sekian, thank !

HAHA! TERBAIKLAH dia punya jawapan. Ngee~ Yang nie memang aku sangat-sangat setuju okayhh! Sekian! :]




0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)