« »
May 8, 2011 | 2:35 PM

Salam readers~

" i  love My Mom "



Oh! Yana terlambat post pasal nie hari ni. Huhu. Takpe lah kan? Kepada ibu2, emak2, umi2, mama2, mummy2 kat seluruh dunia nie, yana ucapkan selamat hari ibu! Kepada yang dah kehilangan ibu, jangan sedih2 ye? Allah sentiasa bersama kita.

Oh2! Berbalik kepada tajuk kan. Petang tadi yana dengan adik yana dah bekerjasama membuat kek untuk ma yana. Disebabkan yana dah tak boleh nak keluar macam yang yana cakap kat sini, so yana buatlah kek untuk ma. Alaa. Kek simple2 je. Sebab yana nie bukan terer pon macam ma nak buat kek yang hebat2. =.=

Yana buat Curstard Layer Cake khas untuk ma tersayang. :D
Nah! Yana tempek sekali resepi dia. Kot2 la korang nak buat pulak ke. Ehee.

Bahan A :

2 sudu besar gula kastor (dihanguskan dalam bekas kek yang korang nak guna. dah hangus biarkan sejuk dalam bekas.)

Bahan B :

1 Cawan susu cair.
3 biji merah telur
1sudu teh esen vanila
1 setengah sudu teh tepung kastard
80 gram gula castor (kalau taknak manis sangat boleh guna 60 gram je)

-pukul semua bahan B sampai sebati. Then tuang atas gula yang dah dihanguskan tadi.

Bahan C (Lapisan Kek) :

5 biji putih telur
1/4 sudu teh soda cream of tartar
50 gram gula kastor

-putar sampai jadi kental

Bahan D :

135 gram tepung naik sendiri
50 gram gula kastor
2 biji merah telur
1 sudu teh vanila
1/4 cawan minyak mazola
1/2 cawan air

-kacau bahan D biar sebatidan campurkan dengan bahan C
-balik balikkan bahan D dan bahan C hingga sebati
-tuang atas lapisan B
-bakar dengan kaedah double boiler
-bakar selama satu jam ( 160 - 180O C)

Tu je. Nampak je susah.Tapi nak buatnya sangat2 senang! :)

Sekian :]



0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to me and me only. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Akira Himesamat. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)