« »
May 31, 2011 | 11:29 AM

Salam readers~


Setelah agak lama yana mendiamkan diri dalam dunia blogging, hari nie yana nak membebel lagi ye? Heee. Oh2! Lupa pulak. Korang rindu yana tak? Rindu tak? Rindu? Hehe. Hape??? Sape yang cakap tak rindu tu sila angkat kaki korang dan nyah korang dari sini! Eheh! Gurau je. Gurau~~~ -.-


Okayh! Seperti yang korang sedia maklum, sebelum nie yana ada minggu orientasi a.k.a MDS di UiTM yang menyebabkan yana tak boleh nak membebel nieh. Wa cakap sama lu aaa minggu MDS ni sangat2 best ooo! Walaupun memenatkan. *tba2 jadik rindu ngn minggu mds walaupun hari tu asyik nak cepat habis je.* Berbalik pada topik asal. Yana nak citer la dari hari 1st day yana kat UiTM nie camane.



1st Day (21 May)
Of kos lah hari pendaftaran kan? Yana ditempatkan di kolej kediaman Dahlia, bilik di tingkat 2. Roomates yana sorang dari Perlis dan sorang dari Selangor. Yang dari Perlis tu yana panggil dia Zai. Dari Selangor tu lak yana panggil Trah. 1st day takde citer sangat sebab baru lagi kan? Tapi mula petang tu kitorang dah ade aktiviti sampai malam. Pukul 1 pagi baru boleh masuk bilik. Penat ouh hari tu. Kaki pun melecet. Huhu.



2nd Day (22 May)
hari ni hari pendaftaran sesi ke2. Yang nie semua student Kolej Dahlia 1 yang daftar. Yang D2 ada aktiviti lain kat Dewan Sri Semarak. Hari ni pun balik bilik pukul 1.


3rd Day (23 May)
Yang ni hari pedaftaran kursus. Hari ni masing2 berada dalam group course yang sama. Macam yana, course Computer Science, CS110. Kitorang bergerak ke bilik kuliah yang sama untuk mendaftar. Then yana ditempatkan di grup C. Students laki ade 20 orang. Yang girls lak 10 orang je. Sikit kan? Oh2! Sebelum tu. Sebelum kitorang ke bilik kuliah masing2, yana ade nampak sorang mamat tu tau. Muka dia kan.....sebijik gila dengan Syed Daniel Wafi a.k.a Son Dongwoon yana! Yaaaa!! Sangat comel ok? Awwww~~ Tapi yana taktau dia nama apa and course apa. -.-'


4th Day (24 May)
Hari ni banyak aktiviti. Yana malas nak citer panjang2. Haha! Tapi apa yang Yana ingat sepanjang hari ni, pasal kokurikulum. Yana masuk Kesatria Negara. Jangan tanya yana amende tu. Sebab yana pun taktau. HAHA! Oh2! Waktu dalam pembahagian grup, yana ada nampak sorang nie. Muka dia sebijik macam Hero Jaejoong (JYJ). Comel oh! Grup yana bersebelahan dengan grup dia. Dan yana bersebelahan dengan dia. SILA JELES kepada peminat Jaejoong. HAHA! Just kidding. Nama dia pun yana taktau mende. Sian kan? Then bila nak balik dari aktiviti tu, yana nampak budak muka macam Syed Daniel Wafi tu. Dia pun sekali kot dalam kesatria negara tu. Hoho~~~


5th Day (25 May)
Yang nie aktiviti dia pening2 sikit. Yana pun taktau nak citer macam mana. Sebab aktiviti dia tak ikut jadual sangat. Pagi tu ada taklimat segala bagai tu. Then malam ada raptai untuk majlis perasmian esoknya tu. Gila ah. Nak kena nyanyi lagu UiTM dengan penuh semangat berkobar-kobar. Habis yana lontarkan vokal yana dengan sekuat hati yana. HAHA!~


6th Day (26 May)
Hari ni ada Majlis Perasmian Pelajar Baru UiTM Kampus Arau, Perlis. Abang2 n akak2 OC dah pesan semalam, nyanyi biar kuat2. Kasik gegar DSS tu. Then hari nie pun masing2 melontarkan suara masing2 dengan penuh semangat. *semua menjerit sebenarnya. -.-* Habis tu terus hilang suara. HAHA! Sengal~


7th Day (27 May) - LAST DAY!
Hari nie aktiviti pun tak banyak mana sebab dah hari last kan? Time petang  ada merentas desa kampus. Sape2 yang dapat kedudukan 25 teratas dapat hamper. Yana tengok budak yang dapat tempat pertama tu nak terbalik dapat hadiah tu. Besar gedabak kot! Heeee. Then, time maghrib tu, yana ngan roomate yana, Trah duduk kat depan lobi kolej. Ade la sepatah dua kata yang Kak OC nak cakap. Tengah duduk2 tu kan, time akak OC tengah berucap kat depan, ade sorang budak nie tau. Dia tiba2 je terjatuh kat depan Trah yang tangah syok main mesej ngan abang dia kot. Trah terkejut! Sangkaannya budak tu pengsan. Yela, tengah duduk2 macam tu. Then, tiba2 je jatuh kat atas Trah. Kejut punya kejut rupa2nya budak tu tertido je. Bila ditanya ada sakit ape2 tak sebab badan tu agak kuat la terhempas ke tanah, budak tu dengan selambanya cakap takde. Tak sedar punya pasal la kan. Haaaa? Nak tau budak tu sape? Jeng. Jeng. Jeng. Budak tu....Nama dia.....YANA!!! HAHA! Sengal la yana nie kan? Boleh pulak kasik orang panik sebab jatuh tersungkur tu. agagagaa~~ Tapi tu la. Bila diingat2 balik memang kelakar je rasa. Bangun2 tu terus bergelak ketawa dengan Trah. Nasib baik tempat tu gelap. Kak OC n budak2 lain takde la nampak adegan tak diingini tu berlaku. Cuma ada 2 3 orang je yang nampak. Tu pun sebab dorang duduk kat belakang yana. HAHAHAHA~ =.='' Then, malam tu pulak kitorang kena pegi dewan. Ade lakonan dari abang2 OC n akak2 OC. Sedeyh ooooo. Pe yang dorang lakonkan tu adalah kisah benar. Pasal ade sorang siswa (pangkat senior) yang dah terjebak dalam gejala sosial. Sampai mak dia dah meninggal dia tak sempat nak mintak maaf. Lepas dia eksiden baru dia menyesal apa semua. Tapi bila balik kampung nak mintak maaf kat mak dia, mak dia dah takde. Baru je meninggal sebab sakit. Huhu. So, pengajarannya, korang jangan la abaikan mak bapak korang selagi dorang masih hidup. Dan korang jangan la terlibat dengan kegiatan2 yang boleh merosakkan akhlak korang ye? Dah habis tu yana terus balik kolej tidur sampai pukul 10 pagi. Wakaka!~


Tapi bila diingat2 kembali, yana nak lagi minggu MDS ni. Meriah kot. Bila siswi2 lawan debat dengan siswa2 kat dalam dewan, kat star complex. Macam2 cara tepukan yang kitorang belajar. Tepuk2 mahasiswa, tepuk2 sayang, tepuk2 menyampah (haik tuihhh! <-- nie yang part last tepuk2 menyampah tu. HAHA!) Lepas tu buat BOOOO macam kat fesbuk tu. Alaaa, yang Boo pendek (boo). Boo panjang (booooooooooooooo). Boo dalam air (blurp. blurp. blurp~~) haaa. dah ingat? HAHA! Then buat tepuk2 ayam. Tepuk2 ayam nie kelakar sikit. Tepuk2 ayam! (tepuk dua kali) kruuu kruuu kruuu~ macam tu la lebeh kurang bunyinya. Huahua~ Dan macam2 lagi la yang kitorang buat. Yana pun dah tak ingat. =='


Sape cakap minggu orientasi tak best? Yang tak bestnya bila penat tu. Tu je la. Kena jalan jauh. Then sakit kaki. Demam la. *yana la tu -.-* Tapi sebenarnya aktiviti2 dia semua best! Akak2 n abang2 OC ade je mende yang boleh buat kitorang jadik hepi. Heee. TERBAEK!!~


Sebenarnya kan, yana nak letak lagu UiTM yang kitorang kena nyanyi kuat2 tu. Ada dua lagu. Tapi disebabkan YouTube tak boleh bukak sekarang sebab masa pejabat *macam zaman kat sekolah je gaya* so UiTM block web tu. Fesbuk pun same. Wuuuuu. So kalau korang nak tau camane lagu tu dinyanyikan suara kitorang yang merdu nie, korang search je kat YouTube : UiTM di Hatiku & Wawasan Setia Warga UiTM. Yana suka lagu Wawasan Setia Warga UiTM tu sebab dia rancak sikit. Hoho~


Rasanya dah kot yana membebel hari nie. Banyak2 nanti korang bosan pulak nak baca. Oh2! Ada kata2 dari akak OC yang mukanya sebijik macam Lisdawati. Hehe. Akak tu namanya Ariani Nadia. Gila sporting ouh akak tu. Heee. Akak tu pernah cakap, biar tak cantik tapi tak pekak. Agagaga. Ehh, jap. Ape motif yana ulang balek kata2 akak tu ea? Hmm. Kalau ade sape2 yang cakap kat korang, korang tak cantik or kalau ada orang tu asyik tak dengar je ape yang korang cakap, korang boleh guna ayat tadi ea? HAHA~


Sekian. Assalamualaikum. Tak jawab berdosa. Kalau jawab sayanggggg~ :]



1 Comments

Blogger Kay Aiden said...

yeahh...i an uitm student too ^^ but kat puncak alam~

 

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)