« »
May 3, 2011 | 4:03 PM

Salam readers~


Korang nak belog korang jadi femes tak? Mestilah nak kan? Eheee. Okayh. Hari ni dengan besar hatinya yana nak share lah dengan korang satu dua tips yang mungkin korang boleh guna pakai buang untuk belog kesayangan korang pulok. :D


1. Autoplay Songs
Awal-awal dah list yang ni. Nampak benor saket hati dengan seseorang tu. Ehh? Yeke? Ahah! Nobody knows~ Apa2 pon yana nak mintak kerjasama koranglah kan, nak letak lagu dalam belog okayh je. Tapi letaklah lagu yang intronya tak meletop tetiba. Contoh macam lagu rock ke. Adeh! Saket telingo eden. Dah tu takde pulok button pause. Senang kena heart attack tau? Aiyoo. So, dengan senang hatinya yana akan tekan Alt + F4. Abes cite. HAHA! *Senang cite tak payah letak lagu dalam belog. Buat berat belog je*


2. Jangan kutuk orang kat belog!
Yang ni penting okayh! Kebanyakan belog yang yana berjogging tu mesti ada je entry yang mengutuk orang. Dan yaaa. Yana tau mesti ada je yang cakap, "Ehh. Belog aku suka hati aku lah nak tulis ape pon. Kau sebok pehal???!!" Dan ini yang yana akan cakap, "Hello! Memanglah tu belog kau. Tapi kena ingatlah yang orang lain yang nak baca entries kau yang menarik tu. Kalau nak kutuk2 tulis dalam diari je okayh? Tapi dari mengutuk baik kau pergi baca quran. Tenangkan jiwa kau yang dah dirasuk setan tu. -_____-"


3. Awak nak jual widget ehh?
Ni lagi satu hal. Ada satu belog tu, dia punya widget keliling. Sampai nak baca entry dia pun susah. Atas, bawah, kiri, kanan semuanya ada widget2 yang yana rasa tak perlu. Lepas tu nak tunggu loading page dia tu bukan main lambatnya. Hanya Allah yang tau. Last2 yana tekan je button X kat belah kanan atas tu. Huuu.


4. Ayat bahasa apa tak cekk tau!
Yang ni pun satu. Amendelah kau nie? Okayhh. Ni contoh dia :
sqyeww sukeww mqkqn buqh ePaL dEnGaN c0KlAt
Tollonglah okayh? Jangan gunakan bahasa Eww tu. Kadang2 jadik cam menyampah je! Gedikk! -__- *Tapi dolu2 pun yana guna. Waktu zaman tak matang lagi dengan belog nieh. HAHA!*


5. Erk!! Amendenya yang awak tuleh ni? Singkat sangat. Tak pahamm! -.-
Ayat2 yang macam ni :
ta = tak.awa = awak.aq = aku.dan sebagainya....
Ehh. Korang punya keyboard ada yang TERhilang huruf ye? Sebab tu tulis pun tak cukop hurop. Adeh! Yana paham je ape korang tuleh tu. Tapi ade certain2 belog yang yana berjogging kat sana tu ada je yang tak paham apa korang tuleh. Terlampau shortform sangat pun taknak jugok ye. Belog tu kan hak milik korang. So tak payah la short form. Senang cite. Korang tuleh je panjang berjela dera penonton korang baca belog tu lama2. HAHA! *ketawaan kejam*


6. I Follow U, U Follow Me Back!
Serius cakap, yana memang tak bersemangat nak berkunjung ke belog yang mengungkapkan perkataan macam tu. Adeh! Bukan apa. Kadang rasa macam, ehh, korang follow belog aku nie ikhlas ke tak? Ke sekadar nak menambah bilangan followers? Huuu. Tapi yana rajenkan jugak diri ni jenguk2 belog dorang. Kalau rasa memang patut follow baru yana follow balik. Tapi kalau tak, maap lah ye. -.-


7. Amboiii. Meriahnya entri awak ye?
Okayh! Yang ni berkenaan warna tulisan yang digunakan. Contoh ye :
Hai! Nama saya Yana. Saya ada pakwe bernama boboiboy. Dia sangat comel tau. Saya suka dia sangat2!
Walammakk! Banyaknya warna yang awak guna ye? Soalan saya, tak penat ke asyik nak tuko kaler dia tu? Dah la warna tajam menusuk ke mata. Ditambah pulak dengan banyak2 warna macam tu. Memang saja je nak buat orang wassalam belog awak tu ye? Adeh! Elakkan guna warna2 macam ni. Pleaseeee!


8. Tulisan dalam post entri korang
Yana tau korang meamng kretif sangat. Tapi tulisan dalam post korang tu janganlah terlampau bersimpul sangat. Sampai susah nak paham apa yang korang tuleh tu. Contoh :

Hai! Nama saya Yana. Saya ada pakwe bernama boboiboy. Dia sangat comel tau. Saya suka dia sangat2!Hai! Nama saya Yana. Saya ada pakwe bernama boboiboy. Dia sangat comel tau. Saya suka dia sangat2!Hai! Nama saya Yana. Saya ada pakwe bernama boboiboy. Dia sangat comel tau. Saya suka dia sangat2!
Korang boleh paham apa yang yana tuleh ni? Tak? Yana pon tak paham.  Macam tu lah yang yana rasa bila baca tulisan2 macam kat atas ni. Bersimpul berselirat banyak sangat! -___- Gunalah tulisan yang ringkas dan senang nak baca ye :)


9. I dah jenguk belog korang. Nak jerit kat mana ni?
Ni pun antara yang terpenting jugak. Shoutmix or shoutbox WAJIB ada pada belog. Bukan apa. Mudah orang nak tinggalkan jejak dorang kat belog korang. :)


10. Nak follow u tekan kat mana ye?
Pernah sekali ni, yana berjogging kat satu belog nieh. Tak ingat pulak link dia. Tapi entri dia memang debakk lah! Tapi disebabkan tak jmpa button follow so yana terus tinggalkan macam tu je blog dia. 
Dalam kes lain pulak, ada orang tu letak button follow dekat tempat tersorok. Yana tekan punya tekan punya tekan rupa2nya button follow tu ada kat hidden shoutmix dia. Adeh! Jangan buat macam tu ye? Letaklah button tu kat tempat yang senang nak nampak. Senang orang nak follow kalau belog korang tu debakk! :)



Okaylah. Nak tuleh pepanjang kang korang dah taknak singgah sini balek pulok. Nanti yana sambung part 2 punya pulak ye? InsyaAllah. Ehehe. Btw, nak buerno! Adiah sebab bagi korang tips nie. Ngehehe. Just kidding :)


Sekian, salam :]



7 Comments

Blogger DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

yang no. 4 dan no. 5 tu memang biasa sgt ler...

kekadang nak bace susah sangat...aku jd aq tu dan macam2 lagi ler ayat pelik3x..huhu...

dulu zaman DVII senang2 je xde terbelit2 lidah...

bahasa melayu itu Indah ;-)



Layari juga update terbaru

"Facebook Dilanda SPAM "Osama Shot Down Video"
Osama Laden Mati Dibunuh??? Korang Percaye???
Ke Tutti Frutti Seri Bangi

 
Blogger fiq. said...

hehe, mcm2 blogger ni kan, tapi bnyk lagi bende2 yang annoying yang patut dielakkan oleh para blogger...

 
Blogger apple ♥ sidz said...

@fiq. a'ah. btol tu. eheh. :)

 
Blogger mr_jingga said...

Terasa aq...T_T

 
Blogger apple ♥ sidz said...

@mr_jingga huhu. nape lak? ade yg terkena kat ko ke? sori~~

 
Blogger Aliya ♥ said...

tengs poe de info ^^

 
Anonymous Krystle said...

You tell 'em girl! ^^

 

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)