« »
June 29, 2011 | 5:43 AM


Hari ni hujannnn. Ouh! Syoknya kalau tidur time2 hujan macam nie kan? Teeheee. Oh my! Apa cakap pasal hujan pulak? Okayh. First of all yana nak mintak maaf sebab dah lama tak update blog yana nie. Sentiasa busy sampai rasa malas nak update. Sorry again and again and again and againnnn *sila baca ikut rentak lagu again and again by 2pm. LOL! :D*


Yana sebenarnya nak tegur la sikit pandangan seseorang tu yang suka sangat fikir yang bukan2 pasal orang lain. Tengok luaran je dah tau orang tu macam mana. Konon kau tu hebakk sangat la sampai boleh menilai orang berdasarkan luaran saja kannnn? Konon macam kau tu sempurna sangat.

Mula2 yana nak tegur cara pandangan manusia2 yang perasan sempurna sangat tu pasal wanita Islam yang tak pakai tudung atau dalam erti kata lain free hair. Dorang yang free hair nie selalu je kena cop 'Ehh, dorang nie mesti tak sembahyang.' Tak pun, 'Mesti dorang ni gatal + gedik + miang + etc.'

Yana nak cite nie. Yana ade beberapa orang member yang free hair. Tapi kalau korang nak tau dorang nie sembahyang cukup je sehari 5 kali. Dan dorang bukan seorang yang gatal + gedik + miang + etc tu. Dorang baik doe. Yana rasa dorang nie lebih baik dari orang yang pakai tudung tapi berbaju lengan pendek tu. Tak ke? Yana bukan nak merendah2kan orang yang pakai tudung. Yana pun pakai tudung ape. Tapi tolong ye. Hormat individu2 terbabit. Tak semestinya free hair tu tak sembahyang. Lagi rajin sembahyang ade la yana tengok. Cuma dorang tu belum dapat hidayah lagi nak pakai tudung. Jangan senang2 je nak menilai orang dari luaran saje.

Yang kedua yana nak tegur pun pasal free hair. Tapi yang nie lebih kepada cara potongan rambut dorang yang free hair tu. Yana kenal 2 3 orang budak free hair dan style rambut adalah boy cut. Rambut pendek yang amat. Yana pernah dengar ada orang cakap yang dorang ni homo. Tau amende homo tu? Suka kaum sejenis. Then ade je yang cakap dorang nie kasar tak bertempat. Kuang hajor la. Macam2 la lagi yang dorang cakap. Biar yana terangkan ok?

Sebenarnya tak semestinya orang yang buat rambut style lelaki ni adalah homo. Korang tak pernah fikir logik ke? Maybe dorang potong sebab panas, or dorang ade migrain ke or etc yang membuatkan dorang tak boleh simpan rambut panjang2. Ade terfikir tak? Dulu yana pun ade jugak pandangan2 yang tak elok pasal dorang yang buat berambut boy cut ni. Tapi lepas kenal dorang ni pandangan yana dah berubah. Then, ada je salah sorang dari yang yana kenal nie, dia malu2 nak cakap dengan yana mula2 tu tau. Rambut semua dah smart siap cacak2 ape semua tu. Tapi pemalu. Macam kelakar kan? Lepas yana cakap jangan malu2 dengan yana, baru dia cakap biasa2 je dengan yana. Heee. Comel2! LOL! >.< Then, dorang nie tak kasar LANGSUNG2 okayh! Baik je doe dorang nie. Kalau dorang kasar pun sebab ada orang carik pasal dengan dorang. Tu je. Lain2 tak! Kesian dorang tau bila ada je segelintir dari korang yang cakap macam tu. Korang kena kenal2 dengan dorang dulu baru korang boleh paham macam mana dorang yang sebenarnya.

Yana nak tegur banyak sebenarnya hari ni. Tapi ntah macam mana yana boleh terlupa pasal teguran yang lain2 tu pulak. Adeh. Sengal doe! HAHA! ==' Nanti bila yana dah ingat pasal tu yana tulis lain untuk part 2 punya. Hoho~^^

p/s : sabtu nie yana ada test Math 210 (Discrete Math). Doakan yana ye korang! Sayanngggg korang! ^___^

Sekian :]



0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)