« »
July 10, 2011 | 3:39 AM




Malam tadi, seperti yang yana gtau kat entry sebelum nie, yana ada dinner. Temanya adalah masquerade. Yana punya masquerade warna purple. So semua apa yang yana pakai memang warna purple. Heee~

Sebelum nak pergi tu roomate yana TOLONG mekapkan yana yang tak pernah bermekap nie. Punya la tebal mekap yana malam tadi. Berkilat-kilat kot muka yana. Sangat tak suka sebab ramai je nak tanya pasal mekap tu. Dah la yana memang tak reti benda2 cenggitu. Yana akan jerit pada budak kelas yana yang nak tanya seperti ini : 'Jangan tanya apa2. Dan jangan tengok aku! Aku tak suka!' HAHA! sengal dok ayat tu? =='

Then malam tadi ada je persembahan2 menarik dari students dan Sir Jiwa! <--sir programming yana. First time dengar sir nyanyi malam tadi. Sedap ouh suara sir. Hoho. Then ada lakonan dari students part 1. Waaaa. Terbaekla lakonan dorang. Dorang berlakon pasal cinderella. *yg cinderella tu lelaki sebenarnya. Ahaha~* best je lakonan dorang. Saket perot yana gelak. Hihi~

Then menu dinner malam tu nasi ayam. Bukan nasi ayam yang biasa2 punya tau. Yang sedap punya tu. Siap bertambah2 lagi yang mana yang makan tu. Hehe. Sedap2! Lepas tu ada jugak persembahan dari senior2 cs110. Ada sorang senior tu nyanyi lagu Faizal Tahir. Mantap ah! Dapat award persembahan terbaik tu. Heee~

Tengah syok2 layan orang menyanyi apa semua tu, lepas tu ada pulak cabutan bertuah. Yana yang tak pernah2 dapat cabutan bertuah tu buat tak reti je la kan. Tak menaruh harapan langsung2 pun nak dapat hadiah. Then MC tu umum la sorang2 yang dapat hadiah tu. Sampai yang orang terakhir tu, dia sebut 'Nombor bertuah yang terakhir bagi sesi kedua nie adalah. . .2. . .9. . .29! Sila naik untuk amek hadiah.' <--nombor yana! terkejut beruk yana dibuatnya. Waaaa! Tak sangka! Jantung yana dupdap2 macam nak meletup. Tak tau pehal. HAHA! =='

Lepas tu ada pulak geng budak2 part 1 nie buat persembahan tarian pulak. Nak tau apa yang dorang menarikan tu? Haaa. Itulah KPOP!!! Ouh2! Yana suka gila2 la dorang punya persembahan. Memang tak boleh control dah perasaan hepi yana time tu. Yana menjerit gila sepanjang dorang menari tu. Heee. Dorang menari lagu Super Junior, Hyun A, SNSD, SHINee, dan macam2 lagi la. Banyak sangat sampai yana dah lupa. Hehe.

Lepas dah habis segala aktiviti tu, kitorang bergambar pulak ramai2 kat dalam dewan. Semua pun sibuk la nak menyelit kat dalam kamera insan2 yang jadi fotografer tu. Well, sekali sekala kan? Hehe. Then, Yana balek bilik dalam dekat pukul 1. Penat ouh malam tu. Dah la yana terlupa bawak kunci bilik. Nasib baik roomate yana yang sorang tu tak tidur lagi. Kalau tak alamatnya yana kena tidur luar bilik la. Huuuu~

Btw, sangat2 hepi malam tadi. Trimas kepada penganjur2 dan semua ajk2 yang dah bertanggungjawab dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang hari semalam. Heee. Memang takkan lupa lah dinner malam tadi :D

Nie antara gambar yang sempat di upload yana :)


Nie yana dengan sorang lagi blogger. Yana kenal dia dari blog je. Then tak sangka kitorang dapat u dan course yang sama. Beza kelas je. Tapi kitorang selalu je gabung kelas sama2. Nama dia Mira :)


Motif utama gambar : nak tunjuk kat korang hadiah yang yana dapat tu. HHA!


yana dgn tmah :)


bersama2 paee aka faizah dan masquerade kitorang :)





0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to me and me only. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Akira Himesamat. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)