« »
October 8, 2011 | 8:43 AM


Assalamualaikum :)

Sekian lama yana tak update blog. Semua gara gara final exam. Nak online pun macam tak tenang jiwa \lah sangat/ Sori kepada yang request tuto di shoutmix yana tu. Yana tak sempat nak buat untuk korang sebelum nie. Soriiii. Btw, korang rindu yana tak? Takk? Alaaa, nape tak rindu? SedihnyewWw. Oke. Enaf merapu meraban untuk intro ye. Kembali kepada topik asal.

Sekarang yana dah selamat menamatkan sem 1 di UiTM Arau, Perlis for studies in Fondamental of Computer Science. Alhamdulillah. So far so good. Now, cuti sebulan setengah macam tu sementara nak masuk sem 2. Hooo. Bahagia betul dapat balik rumah youu. Well, seperti pepatah yang selalu disebut waktu yana sekolah zaman dulu kala \bajet dah tiga ploh tahun tinggal sekolah/ tu, rumahku syurgaku. Hee. Heaven tau dapat duduk rumah. Korang yang tak pernah pegi jauh jauh dari rumah tu, tak payah la nak cakap rumah macam hell ke ape ye? Nanti korang sendiri yang rindu rumah. I mean seisi keluargalah. Percaya lahh! Hee :)

Then, memandangkan dalam 3 minggu jugak tak online sangat tu, tadi yana bukak efbee. Hmm, ada cerita pasal orang kapel, putus kapel, lepas tu kapel balek dan seumpama dengannya \semua cerita sama je/ bosan jugak yana. Then bukak group budak budak uitm. Suka betul tengok budak budak uitm post kat dalam tu. Hooo. Happy je semua. Tapi ada yang kesian jugak sebab tak balek rumah lagi \sepatutnya sabtu dah boleh balek sebab exam last hari tu/ sebab dorang ada kem komander pulak. 20 hari bulan nie baru boleh balek. Sedih kan? Huuu.

Lepas tu, ada pulak sorang nie \tak ingat nama dia tapi dia perempuan/ post video pasal Party Rock Anthem. Ada brass band dari u mana tah \oversea punya/ guna lagu tu untuk dorang punya tema group. Woah! Terbaek u knoww! Dah la yana suka lagu tu. Heee. Yang minat shuffle konfem konfem tau pasal nie kann? Alaa, tak payah tipu lahh. :D

Ada sorang nie cakap, bila dengar lagu LMFAO - Party Rock Anthem tu, dia teringat 2pm. Lagu I'll Be Back yang dorang nyanyi tu kan ada shuffle. Dan ya, yana pun teringat dorang jugak. Sebab yana suka lagu tu! Heee. Tapi sebenarnya kan, bila tengok tengok balek, lagu I'll Be Back dengan Party Rock Anthem, dorang punya shuffle sama je kan? Hmm. No comment. Nak tengok sama ke tak try carik kat YouTube.


p/s : yana rasa title post nie sepatutnya letak Party Rock Anthem lah sebab asyik cakap pasal tu je kan? hehe. whateva lahh. haha! btw, happy holiday semua!^^



0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to me and me only. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Akira Himesamat. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)