« »
November 11, 2011 | 11:11 AM










Bukak blog, tengok list blogger yang ku follow tu. Fuhhh. Semua entry sama je tajuk. 11.11.11. Woahh! Lawo kan number tu? Ramai yang suka kan? Heee. Tapi korang tau tak, tak semua yang kita suka tu elok. Untuk kesihatan. Ehh? Kesihatan? Yeah, kesihatan fizikal dan mental. Ape aku merepek ni? Pfft. -.-

Okay lah. malas nak merepek sangat, bukan korang nak bace pun. Btw, tadi yana bukak efbee. Dah lama tak jenguk, jenguk lah kejap. Then yana terbaca berkenaan tarikh 11.11.11 dari sorang member yana. Nie, yana copy dari post dia. Tengok la dan renung-renungkan. Jangan tido sudah :P




JANGAN BANGGA DGN TARIKH 11.11.11 BACA INI :
Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak syaitan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Sempena keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.



Yana tak pasti sama ada betul atau tak. Wallahualam. Tapi kalau betul, nauzubillahi min zalik.

For me, takde ape yang istimewa pun tarikh nie. Tapi kalau nak cakap yang tarikh nie jatuh pada hari JUMAAT, maybe yana boleh cakap memang ada keistimewaan. Hari Jumaat kan penguhulu segala hari. Hari yang paling baik dan paling mulia. Banyak ouh keistimewaan dia :)

Hari Jumaat, berlakunya lima peristiwa penting :
1) Allah ciptakan Adam
2) Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4) Pada hari ini juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari ini juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Malaikat Turun ke Bumi
  • Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
  • Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat.
  • Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
  • Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Subahanallah. Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun :)

So, sebagai kesimpulannya, hari Jumaat bukan sebarang hari. Malah ia begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

"Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat."

Ustazah yana pernah cakap, waktu zaman nabi Muhammad S.A.W. dulu, semua tak dibenarkan berniaga selepas mendengar azan pertama waktu zohor, hari Jumaat. Waktu tu kan dah nak baca khutbah. Tapi sekarang orang selamba je tak pegi dengar khutbah. Solat jumaat tu pun ade je yang tak pegi. Astaghfirullahal azim.

ps : kau orang lelaki yang dah baligh, jangan lupa pegi solat jumaat ye? Kalau tak, malaikat tak tulis kedatangan korang. Nak ke kena bar waktu akhirat nanti? Tak boleh masuk syurga baru tau.

pss : kalau kena bar sebab tak pegi kelas takpe. Nanti tak payah jawab exam. Kena repeat sem je nanti. Luls xD

Lots of Love,
Yana♥

Labels:




0 Comments

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to Nur Liyana. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)





Tagboard





Credits


This template 100% made by me. Nur Liyana Yahaya. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)